Puji.

154- Seorang mukmin jika dipuji orang, malu kepada Allah kerana ia dipuji dengan sifat yg tidak ada pada dirinya.

Seorang mukmin yg sesungguhnya ialah yg tidak merasa dirinya mempunyai sifat-sifat yg layak untuk dipuji sebab ia hanya merasa mendapat kurnia Allah, bukan dari usaha kekuasaan dan kehendak sendiri.

155- Sebodoh-bodoh manusia iaitu orang yg meninggalkan keyakinan yg sungguh ada padanya, kerana menurut persangkaan yg ada pada orang lain.

Keyakinan tentang kekurangan-kekurangan dan dosa-dosa yg telah dilakukan atau kerendahan akhlak dan kelemahan imanmu, sedang persangkaan orang lain yg menganggap baik padamu, maka jangan engkau suka pada pujian itu, kembalikan puji itu kepada Allah.

Manusia sebenarnya hanya memuji perbuatan Allah, sedang perbuatan Tuhanmu itu Maha Kesempurnaan.

_AL HIKAM

🌹‎ ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ